I'm a wolf and you're handsome

because I'm a beauty and EXO are wolf





Makan Mengikut Sunnah
 
Sunday, 5 August 2012 

Aku datang dari keluarga yg besar...bila sesekali berkumpul, dah tentu mak aku akan buat majlis makan besar-besar dan best-best!!! Dalam ramai2 adik beradik, bukan semua yg suka stail aku, apabila aku bawa gaya hidup "gaya pulang ke pangkal jalan'"...maka adalah yg tak kena sana sini...oh.. Masa makan, aku pun duduk lah cara Nabi..(rujuk ustaz) lalu ada yg sound:


"apahal duduk macam nak berlari ajer...." 

"tak baik lutut tinggi pada makanan.." 
" ni duduk ke nak berak nie..?"


Oleh sebab aku lelaki beriman, maka aku buat muka seposen...aku pun basuh tangan,

Nota untuk mua'alaf: sebelum makan sunnah Nabi adalah basuh kedua2 tangan dan berkumur, insyaAllah jika korang amal nie, sebelum korang mati Allah akan mempermudahkan segala urusan hutang piutang korang. -Hutang kereta/rumah/ kahwin/ study/along bla bla bla!!!

Sambung balik, aku pun berpikir...ada baiknya juga Nabi tak makan pakai sudu @ garfu, kalau Nabi makan pakai sudu, susah pulak org miskin macam aku nak ikut sunnah Nabi, nak pakai sudu material apa? stainless steel ke inconnel 601? nak pakai colour camne? matelic ke cooper?kan susah tu!!! tu belum lagi jika Nabi makan pakai kerusi dan meja..bentuk bulat ke bentuk heksagon?, oktagon?, nanagon? nak kena pergi Kedai perabot buat ansuran mudah! jimat ! hanya RM 1 dan tunggu 30 hari, kunjungilah kedai perabot 

terbesar di Malaysia, bla bla bla!!! Oh..


Biasa korang belajar doa makan macam nie:


"Allahummabariklana (hingga akhir) Tapi tu sebenarnya doa tengok makanan, doa makan mudah sajer: 

"Bismillah, barkatillah" Lepas tu makan lah, dengan tiga jari(sunnah Nabi). Kemudian, ada pulak suara2 yg sound: "Eh, kenyang ke makan dengan tiga jari? " aku kata: "huh, anak cina makan dengan dua kayu elok2 habis nasi satu pinggang!!! " Tapi oleh kerana aku sorang jer yg makan dengan tiga jari, org lain makan dengan lima jari, maka aku lihat kadar flow of suapan dan kadar quantity of lauk-pauk diorang lebih laju dan maju, maka aku menukar jariku dari 3 kepada 5...oh..tepuk dada tanya iman..


Kemudian aku minum dari tangan kanan yg tidak berbasuh... diorang tegur: "essh..pengotor betullah" 

Aku kata: "Apa pulak kotor, aku makan nasi, buka tahik!!!"(tapi aku kata dalam hati sebab aku lelaki beriman)

"Nie, apahal jilat2 jari nie? lucah betul!!"-tanya diorang pada aku.. 

"Makan ayam sedap sampai ke kaki....makan sate sedap sampai ke lidi he he heh"-kataku. ..


Banyak pulak diorang komplen cara aku makan..err maksud aku cara Nabi makan... aku tahu tak berguna berdebat ngan mereka lalau aku ubah topik dengan bertanya :
Tahukkah korang kenapa lembu makan rumput dan kambing makan daun? Abang aku kata: sebab tengkuk lembu berat...bla bla bla.. Aku kata: "salah!!! lembu makan rumput dan kambing makan daun sebab mereka lapar!!!(tak lawak) ha ha ha!!!" aku menyambung:

"Penting makan cara Nabi sebab kita hari2 makan, tapi bila tak ikut sunnah, maka jadi macam lembu dan kambing makan sajer, namun bila korang makan macam Nabi saw makan, maka di kira ibadat.. Masa nak makan, niatlah makan kerana perintah Allah, namun kena nafikan makanan yg bagi kenyang..hakikatnya kenyang datang dari kudrat Allah. "

Tiba2 mak aku tercekik tulang ikan.. (bayangkan seorang mak cik sedang tercekik tulang) Kemudian, Mak aku mendapat nasihat secara berperingkat, ada yg sarankan agar makan pisang, minum air dengan capat, makan nasi kepal dan lain2, tapi masih tak berjaya.. kesian mak aku... "Huh! Hamka, Takkan kau tak tahu cara sunnah Nabi nak buang tulang tercekik camne?..cakap terer.."(kata abang aku) Aku kata: "senang sajer...Mak angkat kedua-dua tangan ke atas.. " Mak akupun buat..tapi masih tak jadi..
Aku kata: "lurus Mak, tangan mak dua-dua kena lurus... !!!" (bayangkan seorang makcik yg sedang duduk bersila sambil kedua-dua tangan diluruskan ke atas, tangan kanan masih terdapat sisa2 nasi, manakala di lengan dan tengkuk di penuhi dengan rantai emas..)

Aku kata: "Sekarang sebut: SUPERMAN RETURN!!!!!! "

HA HA HA.. (semua org ketawa)-nasi berhembur-hembur di sana sini. Mak aku juga ketawa..sehingga tulang yg tercekik itu terkeluar..semuanya dari Allah!!! he he he...selamat mencuba, ni bukan hadith,,just pengalaman.

PS: sekiranya rakan korang menjadi mayat(over ketawa sehingga tulang mencucuk tengkuk) sesungguhnya penulis tidak bertanggung jawab!!! (superman pun akan jadi mayat)
Credit

Labels:

ADUH!!PERUT KU GASTRIK
 
Saturday, 16 June 2012 

Gastrik@gastritis adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding mahupun mukosa perut yang berpunca daripada jangkitan bakteria helicobakterpylori (H.pylori)

KENAPA KORANG DISERANG GASTRIK?

1.Kerap ambil ubat penahan sakit bagi melegakan kesakitan seperti aspirin,ibuprofen & naproxen.
2.Pengambilan alkohol yang berlebihan.
3.Pengambilan kokain.
4.Merokok
5.Stres.
6.Gangguan autoimun.
7.Penyakit crohn.
8.Radiasi & kemotrapi.
9.Makan @ minum bahan2 menghakis perut seperti racun.
10.Pengaliran semula hempedu ke dalam perut.
11.Rembesan ased gastrik yang berlebihan.
12.Jangkitan kuman @ parasit.Terutama di kalangan yang lemah sistem ketahanan badan.
13.Lain2 masalah perubatan seperti HIV/AIDS & penyakit buah pinggang.

APAKAH TANDA2 KORANG AKAN GASTRIK?

1.Sakit perut terutama pada bahagian atas perut @ abdomen.
2.Rasa senak,berangin @ pedih.
3.Rasa tak selesa.
4.Kembung sendawa berulang kali & kentut selepas makan.
5.Rasa mual & muntah.
6.Berat badan turun (peringkat teruk).

BAGAIMANA MAHU MENGELAK GASTRIK?

1.Berhenti merokok & minum minuman alkohol.
2.Hentikan ubat tahan sakit.
3.Amalkan permakanan sihat & makan secara teratur.
4.Makan sedikit2 tetapi kerap.
5.Kurang makanan berempah,bercili & masam.
6.Kurangkan minuman yang mengandungi kafein (kopi,teh & minuman berkarbonat).
7.Ambil susu kerana sifat susu yang berakali boleh mengurangkan keasidan perut.
8.Kurangkan pengambilan makanan yang disifatkan berangin.

Labels:

Wahai wanita, tahukah itu Tabarruj?
 
Wednesday, 25 April 2012 


Firman Allah, “Dan hendaklah kalian tetap di rumah kalian dan janganlah kalian bertabarruj seperti orang-orang jahiliyah yang dahulu”. (Al-Ahzaab ayat 33)
Dari Abdullah bin ‘Amr, “Umaimah bintu Ruqaiqah berjumpa Rasulullah saw. untuk berbaiat kepadanya untu masuk islam, maka Nabi saw. berkata, “Aku membaiatmu untuk tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu pun, tidak mencuri, tidak berzina, tidak membunuh anakmu, tidak membuat-buat kedustaan yang kamu kerjakan dengan kedua tangan dan kakimu, tidak meratap dan tidak tabarruj seperti dilakukan wanita jahiliyyah”. (HR. Ahmad)
Ibn Katsir mengatakan, tabarruj ialah wanita yang meletakkan selendang atas kepalanya dan tidak mengikatnya sehingga boleh dilihat leher dan perhiasannya termasuklah rantai di lehernya.
Ibn Manzur mengatakan tabarruj ialah apabila seorang wanita menampakkan perhiasan serta kecantikannya kepada lelaki bukan mahram.
Abu Ubaidah berpendapat tabarruj bermaksud seorang wanita menampakkan kecantikannya yang boleh membuatkan orang lelaki ghairah.
Tabarruj ialah wanita yang bersolek atau menampakkan perhiasaan dan kecantikannya atau memakai wangian, yang mampu menarik perhatian lelaki bukan mahram.
Nabi saw. bersabda, “Wanita yang berhias bukan untuk suaminya adalah bagaikan kegelapan pada hari kiamat, tidak ada cahaya baginya.” (HR. Abu Daud)

Labels:

Pemaafnya Rasulullah
 
Saturday, 10 March 2012 

   
  Dalam suatu peperangan,tentera orang Islam dipimpin oleh rasulullahberhenti berehat.Rasulullah juga sama-sama berhenti berehat dengan anak-anak buahnya.
     Ketika mereka sedang melepaskan lelah masing-masing tidak disedari seorang tentera musyirikin telah berjaya bolos masuk ke kawasan orang Islam.
     Si musyrikin itu mengangkat pedang dan menghunus ke leher Rasulullah dengan kata-katanya,"Sekarang siapakah dapat mempertahankan engkau daripada pedang ku ini?
     "Allah akan menyelamatkan aku!"jawab Rasulullah.
     Mendengar jawapan itu,gentarlah hati si musyrikin berkenaan.Terjatuhlah pedang dari tangannya.Rsaulullah terus mengambil pedang itu dan menghunuskan pedang ke leher si musyrikin itu.
     "Sekarang siapa pula yang dapat menyelamatkan engkau daripada aku?"soal Rasulullah kembali.
     Tergamam si musyrikin itu tetapi kemudian dengan penuh kesukaran menjawab,"Ambil nyawa aku dengan cara yang paling baik."
     Kata Rasulullah kepadanya,"Ucapkan "Aku naik saksi  sesungguhnya tiada Tuhan selain Allah dan aku ini Rasulullah."
     Si musyrikin itu bagaimanapun membalas,"Tidak,aku tidak akan ucapkanya.Tetapi aku berjanji tidak akan memerangi mu lagi dan tidak akan membantu orang yang memerangi mu."
     Mendengar pengakuan itu,Rasulullah terus membebaskan si musyrikin berkenaan.Kepada sahabat-sahabat,Rasulullah berkata,"WAHAI KAUMKU,AKU DATANG KEPADA KAMU DARI ORANG YANG TERBAIK ANTARA MANUSIA(bermaksud Baginda sanggup memberikan kemaafan kepada seorang musuh.)
                              (RIWAYAT BUKHARI dan MUSLIM daripada JABIR)                                                              

Labels:



Copyright ©.Layout by:Evangelista. All right reserved 2011-infinity.